Resepi Black Forest Cheese Tart

BLACK FOREST CHEESE TART
Tq zara utk resepi yang sangat sedap.


Bahan Pastri
170 gm marjerin
50 gm gula icing  (2 1/2 tbsp)
1 biji telur gred 'B/C'
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp perisa coklat
2 tbsp serbuk koko
270 gm tepung gandum

Inti Blueberry secukupnya dimasukkan ke dalam piping bag

Cara membuat pastri
Pukul marjerin dan gula icing dengan senduk kayu sekejap sahaja.
Masukkan telur, esen vanilla dan perisa coklat, pukul lagi dengan senduk kayu hingga sebati.
Masukkan serbuk koko, pukul rata-rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh yang lembut.  (Kalau doh dah lembut berhenti tambah tepung).
Simpan 30 minit di dalam peti sejuk sebelum ditekan ke dalam acuan tart.  (Tak simpan pun ok).
Bakar pada suhu 170'C selama 25 minit. 

Disebabkan crust shell berwarna coklat, jadi selepas 25 minit cuba keluarkan satu crust shell, terbalikkan, jika crust shell keluar dari acuan maknanya dah masak. Sebelum crust shell dibakar jangan lupa cucuk dasarnya dengan garpu.

Bahan untuk Cream Cheese 
250  gm  cream cheese
50  gm  gula kastor
1  biji  telur gred 'B'
sedikit esen vanilla

Cara membuat cream cheese
Putarkan cream cheese dan gula hingga lembut. Masukkan telur dan esen vanilla, putarkan hingga licin.  
Masukkan ke dalam piping bag.
Susunkan crust shell di atas dulang pembakar. Picit inti blueberry ditengahnya kemudian picit cream cheese di atasnya hingga ke tebing crust shell. Taburkan dengan chocolate rice dan bakar lagi selama 10 minit pada suhu 170'C.  (hasil :  66 pcs untuk crust)

Selamat Mencuba!!

1 Response to "Resepi Black Forest Cheese Tart"

  1. Assalamualaikum wrt wbt,

    Pertama sekali, ingin kami memohon maaf kerana meninggalkan komen ini di blog anda dan tindakan ini boleh disalah anggap seolah-olah seperti spam dan kurang professional. Tujuan komen ini adalah untuk menyebarkan berita baik tentang pelancaran laman web Letsmasak.com.

    Letsmasak.com merupakan sebuah laman web resipi yang mempunyai pelbagai fungsi media sosial yang menarik. Melalui Letsmasak.com , komuniti pengguna dapat memanfaatkannya sebagai sebuah platform untuk berkongsi resipi, ilmu dan tip-tip masakan agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Dengan design yang kemas, mesra pengguna, serta komuniti yang interaktif dan proaktif, Letsmasak.com sudah pastinya sangat selesa digunakan oleh para pengguna sebagai personal-recipes-composer. Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda untuk bersama menyertai komuniti kami dalam menyumbangkan ilmu melalui platform Letsmasak.com.

    Untuk mendaftar, anda boleh berbuat sedimikian melalui url tersebut:
    http://letsmasak.com/register

    Oleh kerana masih tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Letsmasak.com ini, maka kami ingin memohon jasa baik anda sekiranya sudi untuk menulis entry review tentang Letsmasak.com di blog ini. Kami amatlah menghargainya.

    Kami memohon maaf sekali lagi atas tindakan ini. Kami amat berharap agar komuniti Letsmasak.com akan berkembang justeru dapat dimanfaatkan oleh semua.


    Ikhlas daripada,
    Letsmasak.com

    ReplyDelete