Resepi Tauhu Lembut Masak Ayam dengan Sos Tiram Pedas

Terima kasih kepada Sis Tharun dengan resepi yang simple dan menarik ini. Dah lama sebernarnya nk cuba masak tauhu lembut ni. Tapi tak jupa resepi yang menarik. 

Resepi tauhu lembut masak ayam dengan sos tiram pedas
Diolah dari resepi kak Tharun


Bahan-bahan
tauhu lembut
2 ulas bawang putih 
2 biji bawang merah kecik 
2 sudu besar sos tiram
3 sudu sos cili
2 sudu kicap manis
sedikit minyak bijan tuk menumis (apa-apa minyak pun boleh)
isi ayam yang dipotong dadu 
cili benggala dan lada merah di potong kecik (sedikit sahaja untuk rasa pedas)
1 sudu kecik tepung jagung yang dibancuh dgn sedikit air
garam dan gula
sedikit air

caranya
kukus dahulu tauhu lembut.. ketepikan

Cara membuat sambal
Tumis bawang kecil dan bawanh putih yang telah ditumbuk hancur dan kacau sehingga naik bau
Kemudian masukkan sedkit air, masukkan sos tiram, sos cili dan kicap
Kacau dan masukkan ayam yang dipotong dadu
Masukkan air (tak perlu banyak) kemudian 
masukkan bancuhan tepung jagung
Kalau pekat sangat bolehlah tambah lagi air. Terpulang la ye😆
Masukkan lada benggala dan lada merah yang 
dipotong kecik serta perasakan dgn garam dan gula 
Dalam mangkuk/pinggan masukkan tauhu kukus tadi dan curah kuah atas tauhu dan hiasakan dgn bawang goreng serta daun bawang

Da siap!!!senang kan? Selamat Mencuba!!!!

0 Response to "Resepi Tauhu Lembut Masak Ayam dengan Sos Tiram Pedas"

Post a Comment